in , ,

CryCry OMGOMG

Kesan apabila berlakunya Double Parking

Kesan apabila berlakunya “Double Parking”, Menyebabkan kesesakan lalu lintas, merugikan masa orang menunggu, risiko pergaduhan berlaku dan mungkin kereta anda akan di conteng atau di langar:-

Bagaimana untuk jadi “Double Parker” yang baik?

Tinggalkan kendaraan dalam neutral dan turunkan brek tangan.

Sentiasa memerikasa kereta anda dan pastikan anda tidak terlalu jauh dari kenderaan Peka terhadap bunyi hon, agar anda dapat bergegas sekiranya pemilik kenderaan yang dihalang tidak dapat menghubungi anda.

Tinggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi.

Bagi pemilik kenderaan yang dihalang, pelbagai cara boleh dilakukan dengan tenang dan tidak membuat keputusan melulu. Elak dari bertindak melanggar kereta yang menghalang kenderaan anda kerana anda juga didapati melakukan jenayah. Tunggu untuk beberapa minit dan membunyikan hon dengan harapan pemilik kenderaan muncul.

Sekiranya tiada, boleh terus menghubungi Polis Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) atau Majlis Bandaraya sekiranya pemandu yang menghalang kenderaan anda. Mereka akan menunda kenderaan yang menghalang laluan di tempat letak kereta selaras dengan peruntukan undang-undang.

Sikap tipikal rakyat Malaysia tidak melambangkan negara ini menuju ke arah negara maju. Melalui isu ini sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dengan hanya menyusahkan pengguna yang lain, perlu di ubah.

Kesalahan Akta Pengangkutan Jalan1987: Kesalahan yang boleh menyumbang kepada kadar kemalangan serta kesesakan lalu lintas boleh dikompaun sehingga RM300 dan boleh disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

http://www.mot.gov.my/SiteCollectionDocuments/Darat/akta/Akta%20Pengangkutan%20Jalan%201987.pdf

Report

Leave a Reply

One Comment

What do you think?

100 Points
Upvote Downvote
Newbie

Written by Admin

Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of Membership
save-the-fuels

10 ways to reduce fuel consumption

VOTE Race Girls (Malaysian) (Open list) (8 submissions)