7 PERKARA KENA TAHU TENTANG SARANG BURUNG

Bird nest

PERKARA KENA TAHU TENTANG SARANG BURUNG, Terhasil dengan air liur burung layang-layang/walit, sarang burung sangat terkenal sejak turun temurun sebagai tonik untuk kesihatan dan kecantikan.

Terhasil dengan air liur burung layang-layang/walit, sarang burung sangat terkenal sejak turun temurun sebagai tonik untuk kesihatan dan kecantikan.

OHLEH.COM kongsikan tujuh fakta dan kepercayaan menarik tentang sarang burung!

1. SANGAT BAIK DIAMBIL KETIKA PERUT KOSONG

Sarang burung secara tradisional juga diklasifikasi sebagai tonik. Maksudnya ia sangat bagus diambil ketika perut kosong atau sebelum makan agar tubuh kita dapat menyerap nutrisi sarang burung dengan lebih baik.

2. WARNA MERAH SARANG BURUNG BUKAN DARI DARAH BURUNG

Jangan mudah percaya dengan dakwaan sesetengah pihak! Sebenarnya warna merah yang terdapat pada sarang burung terhasil sama ada dari proses pengoksidaan atau penyerapan mineral dari persekitaran sarang burung tersebut.

3. MENINGKATKAN KESELURUHAN SISTEM IMUNISASI MANUSIA

Sarang burung kaya dengan kandungan glikoprotein, unsur pertumbuhan dan tenaga semulajadi. Ia boleh memperbaiki sistem imunisasi badan yang lemah.

4. MAKANAN UNTUK KECANTIKAN

Sejak turun temurun, sarang burung sangat terkenal dengan reputasi untuk mengekalkan keremajaan dan kompleksi kulit yang cantik.

Kajian moden juga membuktikan ianya kaya dengan unsur pertumbuhan epidermis (EGF). Ia berfungsi untuk memperbaiki tisu dan kulit manusia.

5. MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN

Jika pengambilan sarang burung diamalkan, kandungan protein dan nutrisi mudah larut yang terkadung di dalamnya dipercayai mampu membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit kronik.

Secara khusus ia melegakan masalah berkaitan system pernafasan seperti asma dan batuk yang teruk.

6. MENJAGA DAN MENINGKATKAN KESIHATAN WARGA EMAS

Sarang burung digunakan secara tradisional untuk melegakan kahak, batuk kering dan rasa penat. Kesemua ini adalah antara perkara biasa bila usia seseorang itu semakin meningkat.

Ia juga digunkan untuk memperbaiki selera makan, sistem pencernaan dan pergerakan usus.

7. SUPLIMEN YANG BAIK UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK

Dari sudut biologikal, sarang burung mengandungi pelbagai protein, asid amino dan mineral yang penting untuk perkembangan kesihatan.

Jika diambil secara konsisten, ia mampu melindungi anda dari demam dan selsema. Dengan fungsi memperbaiki paru-paru dan buah pinggang, sarang burung membantu meningkatkan tahap imunisasi badan dan mengelakkan kita dari faktor luaran yang tidak baik untuk kesihatan.

Report

What do you think?

200 Points
Upvote Downvote

Written by OHLEH

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
crime

JENAYAH MENCURI BEG TANGAN

TIPS SHOPPING

TIPS ONLINE SHOPPING YANG SELAMAT