in ,

KUASA GINSENG AMERIKA!

GINSENG AMERIKA

Ada pelbagai ginseng di dunia ni dan antara yang terkenal adalah GINSENG AMERIKA! Ia terkenal sebab digunakan untuk merawat banyak masalah kesihatan.

Jom kita ambil tahu apa antara khasiat herba yang tumbuh dengan banyak di Amerika Utara ni.

  1. MENGURANGKAN STRESS

Selain bantu kita untuk kita lebih fokus, ginseng amerika juga boleh merubah ‘mood’ dan hilangkan rasa penat.

Sebab bila kita stress hormon adrenal (kortisol, adrenalin, noradrenalin) kita akan meningkat dan boleh jadi punca kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

Jadi dengan pengambilan ginseng amerika, ia akan bantu untuk menyeimbangkan hormon tersebut.

Anda pun akan kekal bahagia!

  1. MERANGSANG SISTEM PERTAHANAN TUBUH DAN SARAF

Menguatkan sistem imunisasi anda! Itu antara manfaat ginseng amerika. Bila anda sihat, kualiti hidup pun akan meningkat.

Pakar perubatan herba mengatakan bahawa sifat adaptogenik yang ada pada ginseng amerika ni akan buat yang muda kekal rasa muda! Yang dah berumur pula? Ia akan bantu untuk perbaiki sel-sel yang rosak dalam tubuh badan anda.

Eh.. demam dan selsema pun tak perlu risau lagi tau!

  1. UBATI DIABETES

Kepada yang ada isu kandungan gula tinggi dalam darah a.k.a kecing manis a.k.a diabetes, ini khabar gembira untuk anda!

Ginseng amerika akan bantu menurunkan paras gula dengan baik sekali tau. Sesuai juga untuk anda yang tengah nak jaga berat badan tu. Kurang gula dalam darah maksudnya lebih sihatlah anda.

Tapi kalau anda dah ada ubat diabetes dari hospital, pastikan anda rujuk dengan doctor dulu tau!

  1. MENCEGAH PERKEMBANGAN KANSER

Ginseng juga digunakan untuk mencegah atau melambatkan pertumbuhan beberapa jenis kanser.

Chinese Medicine Journal bagi tahu tumbuhan hebat ni ada agen anti tumor tau.

Antaranya ia akan bantu kawal kerosakan sel pada paru-paru, kanser prostat dan kanser ovari.

Moga kita semua jauh dari penyakit-penyakit tu. Tapi apapun ‘prevention is better than cure’ kan?

  1. TINGKATKAN STAMINA

Kehebatan ginseng amerika untuk meningkatkan stamina membuatkan ia menjadi antara tonik stimulan yang popular di kalangan atlet.

Sebab masa berlatih, atlet perlu sentiasa konsisten dengan stamina yang tinggi dan ginseng ini dapat membantu untuk tujuan itu. Rasa penat pun kurang.

Jadi cuba bayangkan khasiatnya pula kepada anda yang dah berumah tangga!

Report

What do you think?

200 Points
Upvote Downvote

Written by OHLEH

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
TIPS SHOPPING

TIPS ONLINE SHOPPING YANG SELAMAT

MCO 2.0 home cooked food

Sharing MCO 2.0 home cooked food (9 submissions)