in , ,

JENAYAH MENCURI BEG TANGAN

crime

JENAYAH MENCURI BEG TANGAN,adalah menjadi masalah yang membimbangkan kepada masyarakat. Perlakuan mencuri secara kecil-kecilan sewaktu zaman kanak-kanak boleh menyebabkan seseorang individu itu terjerumus dalam jenayah lebih ekstrem bila mereka dewasa kelak. Jenayah kecil-kecilan seperti mencuri duit dompet dan barangan dari rakan sekolah menjadi punca bermula tabiat yang tidak bermoral:-

Kadar Jenayah setakat kini di MALAYSIA

Kadar indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Walaupun kadar jenayah menunjukkan penurunan dalam tempoh perintah tersebut, pihak polis mendapati jenayah yang ketara dilakukan adalah melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal.

Punca utama Jenayah mencuri

  1. Peningkatan kos sara hidup ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari rezeki menyara hidup. Mereka tidak memberikan perhatian dan pengawasan ketat kepada anak-anak.
  2. Sumber kewangan yang sempit tidak ingin bekerja atau terlalu memilih perkerjaan mendorong mereka mencari jalan mudah dengan cenderung melakukan jenayah pencurian.
  3. Pegangan agama yang longgar maka menjadi punca kegiatan tidak bermoral.
  4. Nilai kemasyarakatan sudah kurang di ambil peduli.

JENAYAH RAGUT

Biasanya peragut tertarik dengan wanita-wanita yang suka mendedahkan barang kemas. Wanita yang berjalan bersendirian juga mudah menjadi mangsa ragut.

Inisiatif yang boleh di lakukan adalah memberi peringatan umum untuk berwaspada untuk tidak berjalan bersendirian di Kawasan yang gelap atau tempat yang sunyi.

Meningkatkan pengawasan polis, dan polis rondaan dengan lebih kerap terutama di tempat tumpuan umum. Memasang kamera litar tertutup di tempat awam dan di sambungkan kepada balai polis berhampiran supaya dapat mengesan pergerakan peragut.

Meningkatkan kempen kesedaran masyarakat, terutama pada kaum wanita supaya boleh dielakkan untuk tidak memakai barang kemas yang berlebihan dan jangan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak semasa berseorangan supaya tidak menjadi sasaran peragut. Dinasihatkan mereka sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan berjalan dalam kelompok yang ramai.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh memainkan peranan penting dengan mewujudkan kempen-kempen kesedaran masyarakat cara-cara memerangi jenayah ragut. Penjanaan kempen kesedaran di sekolah mahupun institusi pengajian merupakan usaha yang efektif untuk mengurangkan jumlah kes ragut.

Jenayah ragut perlu dibendung agar tidak menjejaskan imej negara dan juga keselamatan rakyat. Oleh itu, semua pihak perlu memberi kerjasama untuk mengatasinya.

Report

What do you think?

200 Points
Upvote Downvote

Written by OHLEH

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Kesan apabila berlakunya Double Parking

Bird nest

7 PERKARA KENA TAHU TENTANG SARANG BURUNG