NAK KULIT CANTIK? CUBA MAKAN IKAN HARUAN!

Kita semua dah biasa dengar nenek moyang kita amalkan makan ikan haruan untuk percepatkan proses penyembuhan luka untuk wanita bersalin dan sebagainya. Begitu juga untuk dapatkan tenaga berpanjangan bagi yang sibuk bekerja.

MAKAN IKAN HARUAN

Kita semua dah biasa dengar nenek moyang kita amalkan makan ikan haruan untuk percepatkan proses penyembuhan luka untuk wanita bersalin dan sebagainya. Begitu juga untuk dapatkan tenaga berpanjangan bagi yang sibuk bekerja.

Sebab tu juga produk pati ikan haruan mendapat sambutan di pasaran.

Tapi ramai di kalangan kita yang tak tahu ikan haruan sebenarnya bagus untuk kecantikan kulit!

OHLEH.COM bongkarkan rahsia khasiat ikan haruan untuk kecantikan kulit buat anda semua.

  1. BOLEH KATA KEBANYAKAN MASALAH KULIT AKAN SEMBUH dengan lebih cepat kalau anda makan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan!

Selain luka kecil dan bengkak ia juga merawat masalah yang agak kritikal macam eczema, psoriasis, ruam, kurap dan kayap.

Isi ikan haruan kaya dengan kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.

Jadi, bayangkan apa yang akan terjadi pada kulit wajah anda yang bermasalah jika anda amalkan produk berasaskan ikan haruan!

  1. VITAMIN A JUGA ADA PADA IKAN HARUAN! Selain bagus untuk daya penglihatan, sudah tentunya vitamin A baik untuk melembapkan kulit anda.

Elok sangat bagi mereka yang selalu terdedah kepada cuaca/persekitaran tak menentu. Kejap di dalam pejabat dengan alat pendingin hawa, kejap kat luar terdedah dengan terik matahari pula.

Fungsi antioksidan yang terdapat melalui pengambilan produk berasas ikan haruan juga akan melambatkan proses penuaan.

Maknanya anda akan kekal nampak muda dan rasa muda!

  1. ADA KOMPONEN PENTING KOLAGEN dalam kulit manusia pada ikan haruan. Ianya dikenali sebagai glisin.

Setiap hari tubuh badan kita akan kehilangan kolagen dan kandungan ini makin merosot seiring peningkatan usia. Jadi cara terbaik dan mudah untuk anda mengekalkan kandungan kolagen dalam tubuh ialah dengan mengambil produk berasaskan ikan haruan.

Tak perlu la pergi cari pusat rawatan kulit yang belum tentu lagi keselamatannya. Tiada lagi cucuk sana dan cucuk sini!

  1. PARUT JUGA AKAN PUDAR jika anda amalkan pengambilan produk dari ikan haruan.

Jika luka dalaman selepas pembedahan dapat sembuh segera, tak mustahil parut di wajah atau tubuh anda juga akan pulih dengan khasiat ikan haruan. Bak kata orang, kecantikan dalaman akan nampak di bahagian luaran juga akhirnya.

Asid arakidonik yang tinggi dalam ikan haruan bertanggugjawab untuk pertumbuhan semula sel-sel baru. Jadi anda boleh ucap selamat tinggal kepada parut selepas ini.

  1. BONUS! UNTUK KAWAL BERAT BADAN anda juga boleh amalkan makan ikan haruan atau produk berasas ikan ini.

Ikan haruan hanya ada 20 peratus lemak dari berat keseluruhannya. Maknanya bila kurang lemak yang anda ambil, lebih mudahlah untuk anda dapatkan berat badan idaman!

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Some of the supported services:

Processing...

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Report

What do you think?

202 Points
Upvote Downvote

Written by OHLEH

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
gamat

GAMAT – HERO KESIHATAN DARI LAUTAN (1 submission)

6 Human Needs: Do you need to feel significant?