in ,

TIPS ONLINE SHOPPING YANG SELAMAT

TIPS SHOPPING

TIPS ONLINE SHOPPING! TIPS! TIPS! PLEASE!

Masa mula-mula internet diperkenalkan dulu, semua orang cakap ‘segala maklumat hanya di hujung jari’.

Tapi zaman sekarang bukan setakat maklumat di hujung jari, malah nak ‘shopping’ pun pakai jari je!

Tak perlu lagi nak buang masa keluar jauh-jauh cari barang. Bersesak kat tempat yang ramai orang? No more!

Sebab banyak sangat laman e-dagang sekarang ni, OHLEH.COM nak kongsi tips macam mana nak pastikan kita ‘online shopping’ dalam keadaan yang selamat.

  1. BELI DI LAMAN E-DAGANG YANG ANDA YAKIN SAHAJA

Jangan senang terpengaruh dengan iklan-iklan atau laman e-dagang yang anda tak ‘familiar’.

Cara mudah nak tahu laman e-dagang tu selamat atau tak, tengok je ada ke tidak lambang ‘padlock’ di bar URL laman e-dagang tersebut.

Kalau gunakan wifi pun kena pastikan juga ada lambang ‘padlock’ tu tau.

Nanti tak pasal-pasal barang tak dapat, duit pulak lesap!

  1. LINDUNGI DATA PERIBADI ANDA 

Isi maklumat untuk penghantaran dan nama penuh tu ‘standard’ la. Kalau tak macam mana pula barang tu nak sampai kan?

Tapi kalau dah kena isi perkara yang merapu-merapu macam nombor akaun bank dan nombor mykad?

Hah… cepat-cepat la keluar dari laman e-dagang tu!

  1. SATU KATA LALUAN UNTUK SATU PLATFORM 

Elakkan guna kata laluan atau ‘password’ yang sama di semua platform yang anda kunjungi.

Baik media sosial atau laman e-dagang.

Kiranya kalau ada orang ‘hacked’ password anda di satu platform ni, tempat yang lain masih selamat lagi.

Rajin-rajin jugak tukar ‘password’ tu ye.

  1. HATI-HATI DENGAN TAWARAN TAK MASUK AKAL 

Sebagai pembeli kita akan sangat tertarik dengan promosi hebat atau jualan harga runtuh.

Tapi anda jangan mudah kelabu mata! Gunakan akal penilaian anda.

Logik atau tidak untuk barangan yang anda mahukan itu dengan harga yang rendah yang ditawarkan.

Contohnya, kalau ada yang jual telefon bimbit model terbaru dengan harga RM50. Logik ke? Silap-silap dapat kotak je nanti.

  1. MAKLUMAT KHIDMAT PELANGGAN 

Laman e-dagang yang selamat akan meletakkan nombor telefon atau email bahagian khidmat pelanggan mereka untuk aduan serta pertanyaan pembeli.

Maksudnya ‘nothing fishy to hide’ dari pembeli.

Kalau ada masalah dengan produk yang dibeli senang la anda nak buat aduan atau pemulangan.

Eh, jangan lupa baca jugak bahagian terma dan syarat untuk pembelian dan pemulangan di laman e-dagang tu ya!

  1. PERIKSA PENYATA AKAUN BANK/KAD KREDIT ANDA 

Selalu periksa penyata akaun bank atau kad kredit anda setiap kali lepas ‘online shopping’

Pastikan jumlah yang dicaj ketika pembelian sama dengan penyata bank anda. Sebab kadang-kadang ada caj tersembunyi laman e-dagang yang kita tak tahu.

Sambil-sambil tau boleh la juga ambil tahu berapa baki yang ada dalam simpanan untuk ‘shopping next time’!

Senang je kan sebenarnya untuk ada ‘online shopping’ dengan selamat?

Nak lebih selamat dan jimat, saya sarankan beli je di www.OHLEH.com.

Laman e-dagang ni diyakini selamat, promosi produk yang bagus, cara bayar pun mudah!

Report

What do you think?

200 Points
Upvote Downvote

Written by OHLEH

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Bird nest

7 PERKARA KENA TAHU TENTANG SARANG BURUNG

GINSENG AMERIKA

KUASA GINSENG AMERIKA!